BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dimulakan Dengan

Dimulakan Dengan

WELCOME TO SBS BLOG

WELCOME TO SBS BLOG
http://www.sbs94.blogspot.com

Jumaat, 7 September 2012

3 Wajah.. :-)

3 Wajah yg pabila kita pandang ja dapat pahaLa.. mudah kan??

Pertama Wajah Ibu <- (sebab ni matpit selalu balik rumah)

 Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Minggu ni balik rumah tengok wajah ibu tau..)

Kedua : Al-Quran

Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati

Ketiga ; Memandang Kaabah

Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.
Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.